[Rasmi] Bantuan Bakul Makanan Sehingga RM600 Untuk Semua Isi Rumah

Spread the love

Bantuan bakul makanan berjumlah RM600 adalah merupakan inisiatif tambahan
yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk
makluman, kerajaan perpaduan dengan tema Malaysia MADANI akan memastikan
langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial.



Dengan disamping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tata kelola
baik pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan yang lebih
memfokuskan membantu golongan sasar yang terdiri daripada kumpulan B40 dan
keluarga miskin tegar.

Blog%20telegram

BANTUAN BAKUL MAKANAN

Untuk sedia maklum, melalui program pemberian Bantuan Tunai Rahmah (STR)
pihak kerajaan telah melancarkan satu lagi bantuan tambahan bernilai RM600
yang ditawarkan kepada isi rumah. Bantuan tambahan ini bukan dalam bentuk
tunai tetapi ia diberikan dalam bentuk bantuan bakul makanan dan baucar
makanan asas.

Kepada kategori berkeluarga (isi rumah) yang tergolongan dalam keluarga
miskin melalui data ekasih, mereka layak mendapatkan bantuan tambahan RM600
ini. Jumlah maksimum yang diberikan kepada isi rumah miskin tegar dalam
program STR adalah sebanyak RM3,100.

Baca Juga:




TARIKH BAYARAN FASA KEDUA

Bagi yang belum mengetahui, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan tunai rahmah fasa kedua akan mula
dikreditkan pada 5 April 2023. Pembayaran akan dijalanan secara berperingkat
melalui kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN
bagi penerima tiada kad bank.

PANDUAN SEMAKAN E-KASIH

Dibawah telah disediakan panduan cara untuk membuat semakan sama ada anda
layak menerima bantuan tambahan STR ini seperti berikut :
● Langkah pertama sila layari laman rasmi e-Kasih –
DI SINI
● Kemudian anda perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang telah
disediakan
● Tekan butang ‘klik untuk carian’
● Kepada isi rumah yang tersenarai dibawah data maklumat e-kasih akan
dipaparkan maklumat seperti nama, KIR, status pendaftaran, negeri serta
daerah.

Nota : Sekiranya maklumat anda dipaparkan bermakna anda layak mendapatkan
tawaran bantuan bakul makanan RM600. Sekiranya tiada maklumat peribadi
dipaparkan bermaksud anda bukan kategori penerima bantuan tambahan STR
ini.