RASMI: Bantuan Sebanyak RM200 Untuk Rakyat Malaysia

Spread the love

Bantuan eTunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Kerajaan
baru-baru ini telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi
membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin
teruk ketika ini.


Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk
membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan
e-Wallet sebanyak RM 200.

Semoga inisiatif daripada kerajaan ini dapat membantu mereka yang
memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk
mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.

Join Telegram Kerajaan di sini.
Blog%20telegram

Bantuan e-Tunai Rahmah RM200


Inisiatif ini adalah bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan
rakyat Malaysia menggunakan pembayaran eWallet. Kerajaan Malaysia juga telah
bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-wallet seperti
Tounch N Go, Grab dan Boost.

Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai dan bertujuan untuk
menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati
mudah dan selamat.

Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta belia
untuk inisiatif ini.

Kadar Bantuan

Bantuan e-Tunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Kerajaan ingin meneruskan bantuan ini kerana untuk menggalakkan rakyat
Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.

Syarat kelayakan

Untuk memohon bantuan e-dompet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk
bantuan ini:
  • Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
  • Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
    Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan mengumumkan dari semasa ke
semasa.

Cara Menebus Bantuan e-Tunai Rahmah

Dijangka seperti tahun lepas, bantuan kredit tunai ini boleh ditebus pada
platform e-dagang terpilih seperti Grabpay, ShopeePay, Bigpay dan Touch N Go
ewallet. Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali bagi setiap
pemohon.

Buat masa ini hanya pengumuman bantuan tunai ini telah dimaklumkan.
Mengenai tarikh pelaksanaan yang masih belum diumumkan, diharap kerajaan
mempercepatkan pelaksanaan bantuan khas ini bagi mereka yang layak menebus
kredit tunai ini.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ewallet ini akan dikemas kini
dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.