TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Sebelum Aidilfitri Tahun 2023

Spread the love

Blog%20telegram

KUALA LUMPUR: Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan
terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi.


Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam
Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat)
memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam
tabungan agensi terbabit.

Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini,
mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali
ini.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya
dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan
mereka sedar tabungan masa depan susut.

Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat
menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa sekarang jumlah yang
terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan
bunuh diri.

“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh
pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana
diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji
atau sebagainya.

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta
pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai
soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar
memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana.

KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan
aktiviti pelaburannya susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya
menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik C19, iaitu
i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.

Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan
berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara
terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.

Ini kerana katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pemberian dividen lebih
dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku dalam pasaran global dan
domestik, yang mana masih kekal mencabar dan tidak menentu.

Berikutan empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus mendesak
kerajaan agar membenarkan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga
RM30,000 secara ‘one-off’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan yang diberikan
KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran menunjukkan agensi itu
seolah-olah ada kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan itu
dibuat mengeluarkan simpanan pencarum sendiri.

“Dengan penjelasan itu, KWSP seolah-olah tidak melihat realiti yang terjadi
seperti rakyat menderita, tiada beras, hilang pekerjaan dan hanya
menggunakan apa yang difikirkan tanpa meletakkan diri dalam situasi
sebenar.

“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk
mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal
dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.

Tuntutan Pengeluaran RM10,000 Hingga RM30,000 One-Off

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan
mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu
formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas
pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau
Aidilfitri,” ujarnya.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat
yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan
asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan
berulang.