Geram Dipatuk Ular, Lelaki Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Spread the love

Blog%20telegram

Seorang petani di India membalas dendam terhadap seekor ular tedung yang
mematuknya dengan cara menggigit reptilia berbisa itu sehingga mati, lapor
akhbar Daily Star pada 12 September 2022.



Dalam kejadian pada hari Selasa, 6 September lalu, petani bernama Salim
Khan dilaporkan sedang bekerja di kawasan sawah padi berhampiran kampung
Darada di wilayah Bengal, India.

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu mengumpul rumput untuk memberi makan
kepada lembu peliharaannya apabila dia tiba-tiba dipatuk seekor ular
tedung.

Salim dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan dia nekad membalas dendam
terhadap repitilia berbisa itu.

Tidak seperti kebanyakan orang lain yang melarikan diri sekiranya insiden
tersebut berlaku, Salim bertindak menggigit ular tedung itu sehingga ia
mati.

Bagaikan membawa trofi kemenangan, Salim kemudian berarak di sekitar
kejiranannya bersama bangkai haiwan itu yang dililit di leher. Dia bangga
kerana dapat membunuh ular yang menyerangnya.

Menurut Salim, dia sedikit pun tidak berasa sakit selepas dipatuk ular
tedung itu.

“Kami melihat Salim menunggang basikal bersama seekor ular tedung yang
dililit di sekeliling lehernya. Ia amat menakutkan,” kata seorangs saksi
kepada laman berita Sambad English.

Menurut Sambad English, Salim mendakwa bahawa dia berjaya menghapuskan bisa
ular menggunakan ilmu sihir. – Sumber
Daily Star