MySalam: Cara Mohon Bantuan Kewangan RM700 Secara Automatik April 2022

Spread the love

Blog%20telegram

Tahukah anda, MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan
kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang bertujuan untuk memberikan
perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat skim
Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah Mysalam.


MySalam ditubuhkan sebagai sebuah skim perlindungan kesihatan sosial yang
bertujuan untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi
mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalamai masalah seperti
pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal.

my%2Bsalam%2B2

Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon MySalam.

KELAYAKAN PERMOHONAN MYSALAM

Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan
kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan
kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi
untuk maksimum selama 14 hari.

Tebus MySalam Waktu Kuarantin Covid-19

Maklumat tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka yang kena
kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun
kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh
untuk melakukan penebusan.

Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari
(RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah
selama 14 hari)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Sebelum anda membuat penebusan Mysalam, pastikan anda melakukan semakan
terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bantuan ataupun tidak.
Berikut kami kongsikan cara untuk anda melakukan semakan MySalam.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
3. Seterusnya, klik pada pautan “semak”
4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda
layak ataupun tidak

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk
menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah
ini.

CARA PERTAMA

Tuntutan Secara Online

1. Log masuk ke dalam portal
https://www.mysalam.com.my/b40/public/

2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik
LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang
diarahkan.

3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon.
Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian
bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda
boleh masukkan kata laluan anda yang baru.

4. Sila kemaskini profile anda.

5. Selepas kemaskini profile, sila klik
TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI >
MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA
HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17

(Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)

6. Klik hantar.

7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

CARA KEDUA

Tuntutan Secara Manual

1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.

2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk
kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan
dengan mesin ATM Bank Rakyat).

3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam
sistem (key-in).

4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih
lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.

my%2Bsalam%2B3

mysalam

TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938