[Terkini] i-Ceria KWSP: Cadangan Pengeluaran Wang KWSP Secara One-Off Untuk Kali Terakhir

Spread the love

AVvXsEhqN7IJTu9yr DmucGLll1qsRfJBWbhkPopXsmgmnq2e0Z8GlFSPXf6IoqxQk8yx7lfhMakxyeO5TuVGHQvSZ1 fcF9P0xcTA2ZhWYBqxwTIcFG908hCFqzbeGh0G8I 3PQ4mSGS7CQ6uuNydRzxOM tq9E7yQhVVD dIRVqFQACf4loYPXqOPQBbz=s16000

Salah seorang daripada Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan
memperkenalkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP). Ia merupakan kemudahan bagi pengeluaran wang buat
kali terakhir.



Ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Salim
Sharif (BN – Jempol) berkata, Hal ini kerana terdapat sebilangan rakyat
Malaysia mendesak untuk menggunakan wang persaraan mereka bagi tujuan
meneruskan kelangsungan hidup.

I-CERIA RM10,000 ONE OFF

“Tuntuan ini bukan untuk menidakkan kembimbangan Kerajaan terhadap simpanan
hari tua dan tuntutan ini juga tidak menafikan fakta dimana sebanyak 20
peratus pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan hari ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan keluarga
Malaysia. Khususnya kepada mereka yang masih menghadapi kesusahan akibat
Pandemik Covid-19 dan ditambah pula yang menghadapi musibah banjir baru-baru
ini.” Katanya.

AVvXsEg nYtZK8 pJFVitp7K75daJEshGWL robvLWd pgBcW4sVa0IK2p6O GkfKuFZ5eXTCGDHTTOuRQrKNoIEVkAmUaZjcW1NpJv vSJDsQteWg CobZnqK3wI8YkBZo2YPbWINjYo52wzkgdLMybUeBMXC2dbmyBVERbkxzmKroMom7NNbrjRiH8s 9h=s16000
Mohd Salim berkata, sudah tiba bagi kerajaan untuk mengkaji semula tuntutan
rakyat untuk pengeluaran KWSP buat kali terakhir dan secara bersasar bagi
kepada mereka yang memerlukan, dan bergantung kepada jumlah simpanan.

Cadangan berikut dipersetujui oleh beberapa Ahli Parlimen lain termasuklah
Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) Datuk Seri Hasan Ariffin (BN-Rompin) M.
Karupaiya (PH,Padang Serai) Dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala
Langat).

PENJELASAN MENTERI KEWANGAN – TENGKU ZAFRUL

Menteri Kewangan – Tengku Zafrul telah menjawab bagi cadangan pihak-pihak
yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP sebelum ini melalui 2 buah video di
Facebook bertarikh 17 Januari 2022.

Dalam video berikut, beliau telah menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum
sudah mengeluarkan sehingga RM71,000.0 melalui i-Lestari, i-Citra &
i-Sinar. Dalam bahagian kedua video pula, impak pengeluarannya turut
diperincikan.

Secara keseluruhan, RM101 Billion yang telah dikeluarkan pencarum. Jelas
beliau bahawa Negara kita akan mencapai status Negara Tua pada tahun
2030.

Ini bermaksud, rakyat Malaysia memerlukan wang simpanan yang lebih banyak
dalam masa 8 tahun bagi membiayai hidup masing-masing selepas mereka
bersara.

Disebabkan itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP
akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini di tahap yang
membimbangkan.

Contohnya, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4
sebulan bagi tempoh 20 tahun.

Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104
sebulan bagi tempoh 20 tahun.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda
banjir yang teruk. Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau
1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan terterntu untuk
membantu rakyat yang terjejas bagi mendapatkan bantuan kewangan, barangan
keperluan dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan.

Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh
dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.

Sumber – BERNAMA via Belutin Utama TV3, Mingguankerja, Mkerjaya