[TERKINI] Pemeriksaan Suhu Badan Di Premis Dimansuhkan Berkuatkuasa Jumaat ini (11 Februari 2022)

Spread the love

Banner%20Telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini menetapkan
prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod
mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata
keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian
Kesihatan (KKM).

“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan
alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing.
Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan
seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan
SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan
menggalakkannya,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini,
hari ini.


Ditanya pilihan individu terutama warga emas tidak mempunyai telefon
pintar untuk mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera,
Hishammuddin berkata, pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan
negara bergerak ke hadapan.

“Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak
menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih
balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.


Web%20Banner

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke
hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

“Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,”
katanya.

SUMBER:
Berita Harian