Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Anak Yang Masih Bersekolah Tahun 2022

Spread the love

AVvXsEiOLPi88rD46V yOAKUPgcRERRU8fq9EodBuECeO08XcbEoW7C6Ndq Mj1gWt gRaj2HaTzmiWIc90 L54NShfE b0EFMG1G UXK93 kAqb uUpN1Gd7rTCqIRlMLOTK9fisQdrotqsCS1UhpFDt Rcr RhzVrO9Sytmit2utn72pJC1

Melalui pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan
baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan
antara bantuan tersebut ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang telah mula diperkenalkan pada tahun
2012 adalah merupakan satu inisiatif dalam membantu keluarga yang susah
untuk memulakan persekolahan anak mereka. Melalui pembentangan bajet
tersebut, pihak kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM450 juta untuk
diperuntukkan bagi tujuan program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3
juta murid-murid yang layak.

Berikut adalah merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal
Persekolahan (BAP) yang perlu anda ketahui sebelum melakukan
permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan pada
kritirea-kritirea seperti berikut:


  1. Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil
    lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan
    oleh Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);
  2. Murid tahun 1 hingga tingakatan 5 atau yang setaraf dengannya yang
    berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak
    RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan
    adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun
    tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap
    tidak boleh diambil kira sebagai sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah
    Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat,
    Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah
    antarabangsa).

1 thought on “Cara Mohon Bantuan RM150 Untuk Anak Yang Masih Bersekolah Tahun 2022”

Comments are closed.