Info Bantuan RM800 Untuk Belia Yang Belum Bekerja Tahun 2021

Spread the love

tele

Untuk pengetahuan anda, program yang dikenali sebagai PERANTISAN adalah
merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk
melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di
bawah PEMERKASA.


Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah
ditambah baik yang mana program ini akan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih
baik berbanding sebelum ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai program dan
bantuan yang telah pasukan Semakan Kerjaya sediakan di bawah ini.

JUMLAH BANTUAN & TARIKH PERMOHONAN


1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)
Tempoh Latihan : 3 bulan
Jumlah Insentif : RM1,000
Tarikh
Permohonan : –

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
Tempoh
Latihan : 6 bulan
Jumlah Insentif : RM800
Tarikh Permohonan : 1
April 2021

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan
Asal)
Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
Jumlah
Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
Tarikh
Permohonan : 15 April 2021

____________________________________________________________________


SYARAT KELAYAKAN

 Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak
untuk memohon untuk para pekerjanya menjalani latihan semula atau
peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan
berkenaan.

 Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri
akan diluluskan.

 Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh
mengikuti 1 kursus sahaja.

CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bagi bantuan
ini:
● Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal
MYFutureJobs di laman
https://www.myfuturejobs.gov.my/

● Buat permohonan insentif di laman
https://www.myfuturejobs.gov.my/
● Untuk program perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah
Program Perantisan PERKESO melalui laman
https://www.myfuturejobs.gov.my/


SOALAN LAZIM

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan
pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi
perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini
perlu mencarum dengan PERKESO?
Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu
mencarum dengan PERKESO.

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka
boleh melakukan aduan?
Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan
latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui
emel [email protected]

2 thoughts on “Info Bantuan RM800 Untuk Belia Yang Belum Bekerja Tahun 2021”

Comments are closed.