Permohonan Program Baik Pulih & Bina Baru Rumah 2021

Spread the love

tele

Khas untuk orang awam di negeri Perak, Yayasan Perak ada menyediakan satu
inisiatif di bawah Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu
mereka bagi membaik pulih rumah atau bina rumah.


Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar
di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem eKasih di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kategori Program Sayangi Rumahku.


Program Sayangi Rumahku mempunyai dua kategori iaitu baik pulih rumah dan
bina baru rumah.

Baik pulih rumah akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi
menghadapi masalah ekonomi dalam membaiki rumah mereka dan skop bantuan ini
hanya melibatkan komponen asa rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina
atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan
lain-lain lagi.

Bina baru rumah akan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah
atau mendiami rumah yang terlalu uzur , tidak selamat diduduki dan mereka
mempunyai masalah dari aspek ekonomi.

Bantuan bina baru rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:

Bina baru 1 bilik

bina%2Brumah%2B1%2Bbilik

Bina baru 2 bilik

bina%2Brumah%2B2%2Bbilik

Bina baru 3 bilik

bina%2Brumah%2B3%2Bbilik

____________________________________________________________________

Syarat Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:

● Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berkahwin
● Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10
tahun di dalam Negeri Perak
● Pemohon berdaftar di dalam eKasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau
Ketua Kampung
● Status tanah kediaman pemohon mestilah mendapat kebenaran menduduki (bagi
permohonan Bina Baru)
● Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi
lain
● Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik
Pulih)

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma
di
 Pejabat Yayasan Perak
● Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
● Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
● Pejabat Daerah atau Pejabat Penghulu

Atau melalui muat turun borang –
KLIK SINI

2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul

3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada
 Ketua Kampung
● Penghulu
● Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat

4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang
diperlukan ke alamat:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan
Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul
Ridzuan

atau

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran
Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak

5. Dokumen yang diperlukan

Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan
Penyata
pendapatan pemohon
Penyata pendapatan pasangan / waris
Surat akuan
bersumpah kebenaran semua pemilik tanah
Salinan kad pengenalan semua
pemilik tanah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh
menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998.

Program%2BSayangi%2BRumahku