Semak Status Penerima RM100 Sebulan | Program PRIHATIN Kasih

Spread the love

tele



Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan
selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.


Untuk makluman, Program PRIHATIN Kasih adalah inisiatif di bawah Program
Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan
oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengurangkan kos sara
hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Menerusi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta
bagi pelaksanaan program ini yang dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di
bandar-bandar utama seluruh negara.

Program Prihatin Kasih

Mengenai Program PRIHATIN Kasih


Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah
miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi
MyKad.

Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3
bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Elaun tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan
asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam
tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya.

Lokasi Pembelian

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya
dan kedai seluruh negara seperti di:
● Mydin
 Giant
● Econsave
● The Store
● Pacific
● Milimewa
● 99 Speedmart
● Lotus Stores (Tesco)
● Kedai-kedai runcit yang terpilih

Bulan Pelaksanaan

Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri
dan bulan iaitu:


Negeri

Bulan Pelaksanaan

Selangor dan Kuala Lumpur

Julai hingga September 2021

Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan
Terengganu

Ogos hingga Oktober 2021

Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan
Sarawak

September hingga November 2021; atau

Oktober hingga Disember
2021

(akan dimaklumkan kemudian)
Semakan Kelayakan

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah
berikut:

 Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.
● Klik butang ‘Semak Status.’
● Keputusan kelayakan dipaparkan.
● Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status
mereka.
● Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat
mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web
http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.