Ketahui Cara Permohonan Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Hanya Dengan Panggilan Telefon Di Seluruh Negara

Spread the love

tele

Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana
Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh
rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin
Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan,
yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang
telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan
Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi
(PEMULIH).

Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan
apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang
merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan
Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh
Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).

bakul prihatin negara jkm

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Bakul Prihatin ini dan cara
untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia.

Apakah Bakul Prihatin Negara?


Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu
masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik 
COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan
hidup.

Bakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:
  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi
Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik
COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.
____________________________________________________________________


Cara Permohonan

Kepada mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan
memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh mengemukakan permohonan melalui
4 kaedah berikut:
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh
    negara
  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  • Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi
    (Facebook/Twitter/Instagram
    KPWKM

    dan JKM atau
  • Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan
dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

bakul prihatin negara

Borang Permohonan Bakul Prihatin

bakul prihatin negara 02bakul prihatin negara 03bakul prihatin negara 04

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ),
borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan
melayari laman sesawang
http://www.jkm.gov.my.

ATAU

Muat turun borang permohonan & info di bawah