Permohonan Bantuan Untuk Individu Belum Bekerja RM800

Spread the love
tele

Untuk makluman anda semua, program ini dikenali sebagai PERANTISAN yang
merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk
melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di
bawah PEMERKASA.



Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah
ditambah baik yang mana program ini akan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih
baik berbanding sebelum ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai program dan
bantuan yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.

JUMLAH BANTUAN & TARIKH PERMOHONAN

1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)
Tempoh Latihan : 3 bulan

Jumlah Insentif : RM1,000
Tarikh Permohonan : –

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
Tempoh Latihan : 6 bulan
Jumlah Insentif : RM800
Tarikh
Permohonan : 1 April 2021

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan
Asal)
Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
Jumlah Insentif :
RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
Tarikh Permohonan
: 15 April 2021
__________________________________________________________________________


SYARAT KELAYAKAN

  • Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak
    untuk memohon untuk para pekerjanya menjalani latihan semula atau
    peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan
    berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri
    akan diluluskan.         
           
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya
    boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bagi bantuan
ini:
SOALAN LAZIM

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan
pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi
perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini
perlu mencarum dengan PERKESO?
Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu
mencarum dengan PERKESO. 

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka
boleh melakukan aduan?

Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan
latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui
emel [email protected]

1 thought on “Permohonan Bantuan Untuk Individu Belum Bekerja RM800”

  1. Ini semua cakap je le beh ar.. Bnde xde.. Bayar sosok selama nie btol menguntong kan krajaan sampai masa kita nak claim Mcm2 dia pertikaikan.. Lepas korg jgn lagi bayar sosok nie semua.. Buang duit korg.. Aq btol2 menyesal dgn bayar perkeso babi nie

Comments are closed.