Permohonan Bantuan RM500 Untuk Penjagaan OKU Terlantar & Pesakit Kronik Terlantar (BPT) Tahun 2021 Masih Dibuka!

Spread the love

tele


BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)



TUJUAN BANTUAN

1. Membantu untuk meringankan tanggungan keluarga/ penjaga pesakit.
2. Memberi semangat kepada pihak keluarga/ penjaga untuk menjaga
pesakit.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM500 sebulan untuk
seorang pesakit.

KRITERIA LAYAK PEMOHON

  • Berstatus warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia;
  • Pemohon hendaklah dari golongan penjaga sepenuh masa atau golongan yang
    memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/
    pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 kebawah;
ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan
    kelulusan KPKM atas budi bicara.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama
    (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri,
    yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di
    bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.


__________________________________________________________________________


CARA PERMOHONAN


Pengelolaan permohonan bantuan ini dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang diterima akan disemak untuk penilaian (means-tested)
bagi mengesahkan kelayakan bantuan benar-benar dislaurkan kepada pemohon
yang layak. 

Tatacara ini adalah bersesuaian atas prinsip penyampaian bantuan yang
berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan, pemohon dinasihatkan agar membawa dokumen sokongan
semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
seperti :
  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon, 
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal
    bersama, 
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal
    bersama, 
  • salinan penyata gaji (jika ada), 
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN