SEMAKAN ONLINE : Tarikh & Cara Membuat Semakan Pembayaran i-Sinar Bagi Bulan Jun 2021

Spread the love

tele

Tarikh & Cara Membuat Semakan Pembayaran i-Sinar Bagi Bulan Jun 2021



Semua pemohon i-Sinar KWSP telah menantikan jawapan kepada bilakah tarikh
pembayaran i-Sinar KWSP yang akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing
pada bulan Jun 2021. Persoalanya, bilakah tarikh pembayaran i-Sinar ini akan
dilaksanakan?


Seperti yang kita semua tahu, pembayaran i-Sinar KWSP telah dilaksanakan
pada Januari lalu. Pembayaran i-Sinar seperti yang kita tahu adalah dalam
tempoh 6 bulan. Ini menandakan pada bulan Jun ini adalah pembayaran
terakhir bagi i-Sinar KWSP.

Di sini kami akan kongsikan maklumat terkini tentang pembayaran i-Sinar
KWSP bagi bulan Jun 2021. Baca dengan teliti dan pahami isi penting
tentang tarikh pembayaran i-Sinar KWSP untuk bulan Jun 2021.

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR KWSP BAGI BULAN JUN 2021?

Tarikh pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021 akan dikreditkan
secara berperingkat seperti sebelum ini pada minggu pertama bekerja yang
dijangka pada 1 Jun sehingga
10 Jun 2021

Pengkreditan pembayaran i-Sinar KWSP biasanya mengambil masa selama
1-5 hari bekerja, ini bergantung
kepada bank masing-masing.

PEMBAYARAN I-SINAR

Tarikh pembayaran i-Sinar akan dilaksanakan seperti sebelum ini
iaitu:
  • Tempoh seperti bayaran bulan pertama, sebagai contoh: Jika bayaran
    pertama jatuh pada 6 Mac, pembayaran seterusnya akan dikreditkan pada
    6 April, 6 Mei dan juga 6 Jun Jika pembayaran dilakukan pada tarikh
    hari bekerja.
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu
  • Atau sebelum akhir bulan
Bayaran i Sinar Sedang Dibuat Secara Berperingkat april 1

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-SINAR MELALUI I-AKAUN

Kepada penerima i-Sinar, anda boleh membuat semakan status pembayaran
i-Sinar dengan menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi i-Akaun. Baca
dengan teliti tentang maklumat di bawah yang dikongsikan cara untuk
membuat semakan
  • Buka aplikasi i-Akaun dalam telefon bimbit anda melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member.
  • Log masuk dengan menggunakan id & password yang telah
    didaftarkan.
  • Lihat di ruangan sebelah kiri dan semak bahagian sejarah pengeluaran
    atau withdrawal.
  • Klik pada i-Sinar dalam jadual di barisan kedua.
  • Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
BILAKAH TARIKH AKHIR BAGI PERMOHONAN I-SINAR?

Tarikh akhir bagi permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tarikh pembayaran i-Sinar KWSP bagi
bulan Jun 2021, anda boleh menghubungi HOTLINE i-Sinar di talian
03-8922-4848.

KREDIT – mingguankerja.my