Info KWSP: Panduan Melakukan Semakan Status Permohonan Pengeluaran i-Sinar

Spread the love




Untuk pengetahuan ahli KWSP bagi kategori 1 yang telah melakukan permohonan
pengeluaran iSinar, anda telah boleh membuat semakan status permohonan iSinar bermula 4 Januari
2021.


Melalui semakan ini, anda akan dapat mengetahui sama ada permohonan
yang anda kemukakan berstatus LULUS ataupun GAGAL.


Hal ini penting untuk memastikan permohonan yang dibuat BERJAYA dan anda
hanya perlu tunggu duit iSinar masuk melalui akaun bank yang telah
didaftarkan semasa permohonan.

Jika permohonan anda TIDAK BERJAYA,anda boleh membuat permohonan baharu
kerana tempoh bagi permohonan i-Sinar adalah 6 bulan.

Ahli boleh membuat semakan status permohonan i-Sinar melalui :

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN iSINAR GUNA i-AKAUN



Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar
melalui i-Akaun.

1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan
password.

2.Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran
i-Sinar telah dikreditkan pada ‘payment date’.

SEMAKAN MELALUI PORTAL iSINAR KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi
anda yang guna sistem i-Sinar Online pula boleh disemak di portal tersebut
dan akan dipaparkan status permohonan ahli.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR
Layari portal i-Sinar melalui https://isinar.kwsp.gov.my/
Masukan nombor kad pengenalan/no ahli
Tekan SEMAK STATUS
Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL

SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP

Bagi anda yang LULUS permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS
daripada PIHAK KWSP

JADUAL PEMBAYARAN iSINAR

Untuk makluman,setakat ini, pihak KWSP belum lagi mengeluaran jadual
pembayaran yang rasmi.

Berdasarkan info yang dimaklumkan pihak KWSP,bayaran bulan pertama bagi
kategori 1 adalah pada bulan Januari 2021.

Manakala,bayaran bulan pertama bagi kategori 2 adalah pada bulan Februari
2021.

Jika anda perhatikan semasa membuat permohonan,ada ditetapkan jumlah
bayaran bagi bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam.

Tetapi belum dimaklumkan tarikh pembayaran bulanan,hal ini kerana bayaran
berdasarkan jenis bank ahli juga,ada bank yang cepat membuat pembayaran,ada
yang lambat.Ia nya bergantung kepada jenis bank.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan
maklumat lanjut mengenai pengeluaran i-SINAR KWSP, boleh menghubungi talian
bantuan seperti berikut:

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP