Bantuan JKM: Tarikh Bayaran dan Panduan Permohonan Online Bantuan JKM 2021

Spread the love



Kepada yang layak Bantuan Bulanan JKM,pasti anda ingin tahu tentang tarikh
bayaran JKM pada bulan Disember,Januari,Februari dan bulan lain.

Berikut
adalah maklumat tentang bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu

  • ● Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada
    setiap bulan.
  • ● Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak
    bulan Mac 2020.

Contohnya pada bulan Oktober 2020,bayaran bagi bulan November akan dibuat
bermula 20 Oktober 2020.

Bayaran juga dibuat secara berperingkat
mengikut jenis bank penerima bantuan JKM.

CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

1. Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
2.
Sila log masuk dan buat semakan bayaran
3. Jika bayaran telah
dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM




Berikut adalah senarai dan kadar Bantuan Bulanan JKM tahun 2021:

  • ● Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300
    Sebulan
  • ● Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
    (BPT) sebanyak RM500 Sebulan
  • ● Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM450
  • ● Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500
  • ● Bantuan Kanak-Kanak (BKK), RM150 seorang anak berumur tujuh
    tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan
    ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM 2021

1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;

2. Daftar permohonan mengikut negeri

3. Isikan nombor kad pengenalan

4. Isikan borang berkaitan

5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk
penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada
pemohon.

7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang
berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN :
Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon
dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan
berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara
automatik.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
2. Salinan MyKad /Kad
Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
3. Salinan Kad OKU/ slip
pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata
pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
5. Salah satu
Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
6. Laporan pegawai perubatan
dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/
terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2021


  • ● JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  • ● Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN


Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM

1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
3. Sila masukkan
No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
4. Senarai hanya akan
memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan
bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian
03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18,
No 55
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.