KPT Beri Bantuan Pelan Data B40 Sebanyak RM24 juta dan Bantuan Peranti B40 Sebanyak RM13 juta.

Spread the love

Bantuan Pelan Data B40 & Bantuan Peranti B40


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM24 juta bagi Bantuan
Pelan Data kepada 320,396 pelajar dari kategori B40 bagi memastikan mereka
mendapat persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian susulan pandemik
COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata melalui pelan
data itu sebanyak 225,784 unit kad SIM diagihkan kepada pelajar dengan
kerjasama syarikat telekomunikasi, Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji.

Noraini berkata, sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba khusus
diperuntukkan kepada pelajar (IPT) di bawah kategori B40 secara bersasar.

Beliau
berkata, 5,965 pelajar bakal menerima bantuan komputer riba secara percuma.
Selain itu, seramai 2,700 pelajar pula akan menerima bantuan dalam bentuk
pemberian tunai bagi tujuan yang sama manakala seramai 300 pelajar akan
menikmati bantuan pinjaman kewangan bagi memiliki komputer riba yang
diperlukan pada harga istimewa.


Baca Juga:
Permohonan Program Perumahan Rakyat PPR 2020


Bantuan Pelan Data B40

Bantuan Pelan Data diberikan untuk mengurangkan kos yang perlu
ditanggung oleh para pelajar khususnya untuk melanggan pelan data untuk
mendapatkan capaian internet.

Untuk Bantuan Pelan Data, KPT
memperuntukkan sebanyak RM24 juta untuk melaksanakan bantuan ini.

Bantuan
ini melibatkan:

  • ● Seramai 320,396 orang pelajar yang berada dalam kategori
    B40.
  • ● Sebanyak 225,784 kad sim akan diagihkan kepada pelajar
    meenerusi kerjasama syarikat telekomunikasi khususnya Yayasan YTL
    dan Lembaga Tabung Haji.
  • ● Baki seramai 94,612 orang pelajar akan menerima pemberian
    tunai untuk pembelian pelan data.

Selain itu, KPT juga mengumumkan bahawa Pakej Pelan Data Istimewa akan
ditawarkan kepada para pelajar yang lain.

Syarikat
telekomunikasi yang akan menawarkan Pakej Pelan Data Istimewa tersebut
ialah:

  • ● Celcom
  • ● Digi
  • ● Maxis
  • ● Telekom Malaysia
Bantuan Peranti B40

KPT Sediakan Bantuan Peranti Pakej Pelan Data Dan Bantuan Tunai RM50 Buat Pelajar IPT3


Bantuan Peranti B40 ini merangkumi pemberian komputer riba yang akan
diberikan kepada pelajar B40.


Untuk bantuan ini, sebanyak
RM13 juta diperuntukkan bagi membiayai pemberian Bantuan Peranti
ini.

Bantuan Peranti tersebut merangkumi:

  • ● Pemberian sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba kepada
    para pelajar yang layak.
  • ● 2,700 pelajar akan menerima bantuan dalam bentuk
    pemberian tunai bagi pembelian komputer riba.
  • ● 300 orang pelajar akan menikmati bantuan pinjaman
    kewangan bagi memiliki komputer riba pada harga istimewa.

Pakej peranti yang akan ditawarkan ialah daripada:

  • ● Acer
  • ● Samsung

Bantuan-Bantuan Lain

Selan Bantuan Pelan Data dan Peranti, KPT turut mengumumkan satu
lagi bantuan tambahan iaitu Bantuan Tunai RM50 kepada semua pelajar baharu
sesi 2020/2021.

Bantuan ini diharap mampu meringankan sedikit
beban kepada para pelajar khususnya kepada pelajar baharu yang mendaftar
sebagai pelajar IPT untuk sesi kali ini.

Pemberian Bantuan
Tunai RM50 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta yang akan
memberikan manfaat kepada 76,153 orang pelajar.
Maklumat Lanjut

Untuk
maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web KPT iaitu
https://www.mohe.gov.my/.

Selain itu, setiap IPT mengeluarkan makluman lanjut bagi
pemberian bantuan ini untuk para pelajar yang terlibat.