Lebih 800,000 Individu Hilang Punca Pendapatan Sejak COVID-19 Melanda Malaysia.

Spread the love


KUALA LUMPUR: Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara
dilanda pandemik COVID-19.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai
rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber
pendapatan akibat penularan COVID-19.



“Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah
kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari
sekalian.


“Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk
mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan
kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat,” katanya ketika menyampaikan
perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini.