Tarikh Pembayaran iLestari KWSP RM500 Bulan September 2020.

Spread the love

[Takwim] Tarikh-tarikh Penting Berkaitan Bayaran i-Lestari KWSP Tahun 2020. Untuk pengetahuan semua, proses pengagihan i-Lestari KWSP untuk bulan pertama, kedua dan ketiga dan keempat sudahpun dikreditkan ke dalam akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Pengeluaran i-Lestari merupakan satu inisiatif daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.


Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP untuk bulan September?

TARIKH PEMBAYARAN BAGI BULAN OGOS 2020 I-LESTARI KWSP (JADUAL)






Maklumat berikut akan mengongsikan informasi berkaitan Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuklah memaparkan konsep am, tarikh serta semakan status :


KONSEP AM PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Pengeluaran hendaklah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran bakal dilakukan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).


TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sebanyak satu (1) kali sahaja. Ahli akan menerima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama untuk setiap bulan berikutnya. 

Walau bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

FB IMG 1592730049839

Nota : Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai rujukan sahaja.


CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP






Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History


CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
  • Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.

Penafian : Laman web semakankerjaya tiada sebarang kaitan dengan pihak KWSP. Laman ini hanya berkongsi atau menyampaikan informasi am kepada umum. Sebarang kehilangan data / maklumat tidak dipertanggungjawabkan oleh laman semakankerjaya.