Bantuan Prihatin Nasional | Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada Nombor Akaun Bank / Gagal Kredit

Spread the love

kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah B40. Namun ada
penerima yang gagal menerima pembayaran ke akaun bank walaupun status
permohonan diluluskan. 

Untuk makluman, kini penerima boleh menerima
bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17
April sehingga 31 Disember 2020
. Sebelum itu, penerima perlu menyemak
nombor siri BPN di laman web rasmi BPN bpn.hasil.gov.my. 

  
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin
Nasional termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunaikan nombor siri di
kaunter BSN :

APA ITU NOMBOR SIRI BPN?

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan
Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau
gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak
memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan
bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

CARA-CARA MENDAPATKAN NOMBOR SIRI BPN DI PORTAL BPN

1. Layari laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik SEMAK.

3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.
4. Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOG MASUK.

5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.

6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucer.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan nombor siri BPN.
 Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit

 Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit

CARA MENUNAIKAN BPN DI KAUNTER BSN

  • Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada
    paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN
    mulai 17 April 2020. 
  •  Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Penerima perlu membuat
    penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.
  • Wakil atau waris seperti ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu adalah dibenarkan untuk membuat penunaian BPN bagi pihak yang tiada akaun bank / gagal kredit / meninggal / uzur / kurang upaya atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di kaunter BSN.
    • Wakil perlu membawa  dokumen-dokumen yang berikut ketika membuat penunaian di kaunter:
      • Sijil kematian Asal / Salinan penerima
      • Kad pengenalan asal / Salinan Penerima
      • Kad pengenalan asal wakil
      • Dokumen bukti pertalian wakil dan penerima