Bantuan Prihatin Nasional | kepada Isi Rumah RM1600 & Bujang RM800

Spread the love

Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat atau PRIHATIN COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk
membantu rakyat.



Pelbagai bantuan dan rangsangan ekonomi telah diumumkan dalam Bantuan
Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau
PRIHATIN ini.



Berikut merupakan 4 Bantuan Prihatin Nasional :


1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan
RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020
dan RM600 pada bulan Mei 2020.

 Bantuan prihatin nasional rm1600


2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih
RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak
RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Bantuan prihatin nasional rm1000

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan
berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar
pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

 bantuan prihatin nasional bujang rm800


4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang
berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak
RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

 
bantuan prihatin nasional bujang rm250

Cara-cara permohonan bantuan tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa setelah diumumkan oleh portal rasmi kerajaan.


Hebahan Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.