Rebat Bil Elektrik RM40 : Semak Kelayakan

Spread the love

Pemberitahuan : Artikel ini hanya akan berkongsi syarat dan cara semakan bagi rebat bil elektrik dan tidak mengumpulkan sebarang data pengguna

Menerusi Pembentangan Bajet 2024 yang lepas, Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar dengan peruntukan RM55 Juta. Dengan itu, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih dan dikategorikan sebagai Miskin Tegar sahaja yang layak menerima rebat bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40.

Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk layak menerima rebat, KIR perlu memenuhi beberapa syarat seperti berikut:

  1. Status KIR Miskin Tegar: Penerima rebat perlu disenaraikan dan disahkan sebagai KIR berstatus miskin tegar dalam Sistem eKasih. Ini memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan secara tepat.
  2. Bil Elektrik Sehingga RM40: Program ini membolehkan penerima menerima rebat sehingga maksimum RM40 setiap bulan. Rebat ini terpakai hanya kepada Tarif A iaitu tarif rumah kediaman atau domestik sahaja. Jika bil elektrik kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  3. Satu Akaun Bil Elektrik Sahaja : Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih hanya berhak untuk menerima rebat bagi satu akaun bil elektrik.

Syarat dan maklumat lebih lanjut boleh didapati disini.

BACA JUGA : 

Cara Semakan Rebat Bil Elektrik

Pengguna yang ingin membuat semakan ke atas rebat bil elektrik mereka boleh melawat Portal Semakan Rebat Bil Elektrik dibawah seliaan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui laman sesawang rasmi NRECC. Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk memastikan status dan kelayakan.

info graphic rebat2023
Rebat Bil Elektrik RM40 : Semak Kelayakan 5

Syarat dan maklumat lebih lanjut boleh didapati disini.

BACA JUGA : 

Cara Semakan Rebat

Pengguna yang ingin membuat semakan ke atas rebat bil elektrik mereka boleh melawat Portal Semakan Rebat Bil Elektrik dibawah seliaan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui laman sesawang rasmi NRECC. Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk memastikan status dan kelayakan.

Screenshot 2023 11 10 081039 1024x544 1
Rebat Bil Elektrik RM40 : Semak Kelayakan 6

Semakan boleh dibuat disini :
https://semakanrebat.nrecc.gov.my/apps/public/index.php.

Tempoh Kelayakan

Rebat bil elektrik RM40 akan diberikan kepada penerima bermula dari tarikh kelayakan atau tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember 2023. Ini berdasarkan tarikh bil elektrik masing-masing pengguna. Program ini bertujuan memberikan bantuan yang berkesan dan menyeluruh kepada golongan miskin tegar untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan bulanan.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi beberapa talian hotline yang telah disediakan atau mengunjungi cawangan utiliti yang terdekat :
1. MyGCC : 03 8000 8000
2. TNB : 1 300 88 5454
3. SESB (Sabah) : 088 515 000 15454
4. Sarawak Energy (Sarawak) : 1 300 88 3111

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL SEMAKANKERJAYA MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.