Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim

Spread the love

Apa yang perlu anda ketahui berkaitan dengan pelaksanaan Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Sememangnya menjadi kewajipan bagi setiap penjawat awam untuk meneliti setiap kandungan agar anda faham dalam memilih pilihan yang anda inginkan.

Pengenalan Ringkas SSM & SSPA

SSM bertujuan menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) dengan objektif terhala kepada penstrukturan bayaran gaji yang lebih baik, manakala SSPA pula merupakan penambahbaikan kepada SSM dengan fokus yang lebih besar kepada kenaikan gaji berdasarkan nilai prestasi dan fleksibiliti dalam imbuhan.

Dalam SSPA, mereka yang berada di dalam perkhidmatan awam yang mencapai KPI dengan cemerlang akan dapat menikmati kenaikan gaji yang lebih cepat, sementara itu dalam SSM pula, imbuhan gaji lebih seragam tertakluk kepada gred dan tempoh perkhidmatan seseorang.

Tengah Trending: MyPersonaliti MARA: Ujian Psikometrik MARA

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

SSPA dipercayai dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam pengagihan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada penjawat awam yang benar-benar layak.

Pada masa yang sama, SSPA dapat meningkatkan Produktiviti Pegawai Awam demi kesejahteraan rakyat.

image 4
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 22
image 5
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 23

Tempoh Untuk Memilih

Penjawat awam mempunyai masa selama 40 Hari bermula dari 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 untuk menetapkan sama ada menggunakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ataupun tetap kekal menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum dikuatkuasakan pada 1 Disember 2024.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyatakan bahawa pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen penjawat awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baru hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.

Penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Selain pelarasan gaji, apa sebenarnya kelebihan yang ada pada SSPA ni? Berikut dikongsikan penambahbaikan kemudahan yang ada di bawah SSPA.

image 6
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 24
image 7
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 25
image 8
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 26
image 9
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 27
image 10
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 28
image 11
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 29
image 12
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 30
image 13
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 31
image 15
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 32
image 17
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 33
image 16
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 34
image 14
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 35
image 18
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 36

Muat Turun Soalan Lazim SSPA (FAQ)

Bagi yang belum membaca Pekeliling, sila muat turun pekeliling di pautan berikut: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf

Berikut dilampirkan SENARAI SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN SSPA yang lebih terperinci untuk dimuat turun (kemaskini 14 September 2024) :

image 19
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 37

[ MUAT TURUN ] SOALAN LAZIM (FAQ) PERKHIDMATAN SSPA

image 20
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 38
image 21
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 39

*Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jawapan Perkhidmatan Awam. 

image 22
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) – Soalan Lazim 40

Pemakluman:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  • Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).