[Bajet2022] : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM150 Untuk Golongan Keluarga B40

Spread the love

AVvXsEgQ8baJSMRXAHZOEkaI1E1D7BByRiURLhJBN8EUz 8x5muqyhYo8v9SOp5SL6QfSEZjnodmU7j8r3M0vkY11mFUjnbbEhpUX34VHpaIl NHSKSGkfugDIr4fpECQDwMJAzemdtzK3JvNnCHWEzjJKFLDfS yiB9olTwh Macg3WkL PBom6XEJeSXF8=s16000


Menerusi pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan di parlimen tempoh
hari, kerajaan telahpun memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk rakat
Malaysia dan salah satu bantuan tersebut merupakan Bantuan Awal Persekolahan
(BAP).


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebernya telahpun diperkenalkan pada tahun
2012 lagi dan merupakan satu inisiatif dalam membantu keluarga yang susah
atau keluarga yang berada dalam kelompok B40 dengan tujuan meringankan serba
sedikit tanggungan ibubapa & penjaga untuk memulakan persekolahan anak
mereka. 

Menerusi pembentangan Bajet 2021 tempoh hari, kerajaan telah memutuskan
untuk meluluskan peruntukkan sebanyak RM450 juta bagi tujuan merialisasikan
program BAP tersebut yang bakal memberi manfaat kepada 3 juta murid-murid
yang layak.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
yang perlu anda fahami sebelum melakukan permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan pembaca, pemberian BAP kepada murid-murid dilakukan
bersandarkan pada kritirea-kritirea seperti dibawah:

● Merupakan murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil
lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara malaysia);

 Murid tahun 1 hingga tingakatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal
dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan
ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang
mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih
masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai
sebagai pendapatan KASAR bulanan;

● Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah
Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

CARA MEMOHON

Cara melakukan permohonan bagi bantuan BAP ini adalah seperti yang
berikut:

 Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem
APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa
borang.

KADAR BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diagihkan untuk setiap murid adalah sebanyak
RM150.00, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 pada tahun sebelum
ini.

Murid yang menerima BAP akan diberikan bantuan sebanyak RM150.00 bagi
seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.

KAEDAH BAYARAN

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan akan diagihkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;

 Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
 Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak
mempunyai akaun KWK.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari
laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – klik
DI SINI

ATAU Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan
info lebih lanjut.