[Bajet2022] : Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40 ~ Semak Cara Mohon

Spread the love

AVvXsEhG msiJd1iOe3KcqJ5rNq yJYdB7B1TJwZQzOgUAsknvUFnsdCB1rqD0Bn8VlA1EAWXcuiN XKzI7SA7PlKmnq6OFNTQeYzbBFev8ObbqhTbFJMmAslC6ye7vUEFIhI8jD552ZRvubrPdViYy4uLZtRh V4lblOA1XgVmaVxRn8Lf ZDHx vHgNo7C=s16000


Berita gembira buat keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,500 dan
ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan
nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.


Nilai bantuan ini RM200 lebih tinggi jika dibandingkan dengan bantuan
sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 untuk setiap isi
rumah di Malaysia.


Disini, Team SemakanKerjaya akan berkongsi kepada anda tentang syarat dan
kelayakan untuk memohon bantuan ini.

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Menerusi pembentangan Bajet 2022 tempoh hari, bantuan diagihkan
besandarkan kepada empat kategori utama seperti berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Syarat & Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang
    menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran

Setakat ini, kita belum menerima tarikh yang terperinci mengenai tarikh
pengkreditan BKM 2022. Kami di SemakanKerjaya akan kongsikan perkembangan
maklumat pembayaran daripada semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan BKM

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak
lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam
sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod
dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1
Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman
web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/