Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2021 Masih Dibuka!

Spread the love

tele

Untuk makluman umum ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak jagaan, berumur
18 tahun ke bawah, anda sebenarnya layak untuk memohon Bantuan Kanak-Kanak
2021 (BKK) sehingga RM1000 maksimum sebulan untuk satu keluarga.


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2021


Adakah anda sedia maklum? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 merupakan bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan dengan
harapan dapat membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan
kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina
binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000
berbanding sebelum ini hanya RM450.

Dibawah merupakan perubahan jumlah BKK terdahulu berbanding tahun
2021.


Jumlah BKK lama


Jumlah BKK 2021


·         Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.


·         Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.


·         Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat
RM150 sebulan seorang.


·         Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200
sebulan seorang.


·         Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga


____________________________________________________________________


SYARAT KELAYAKAN BKK 2021

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh
dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2021

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021 :-
1. Layari
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak
Borang Permohonan.
3. Cetak
Borang Kemaskini
sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat
permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian
03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat di daerah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda kemudahan dan manfaat kepada
kita semua. Terima kasih.

1 thought on “Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2021 Masih Dibuka!”

Comments are closed.