Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Agihan Hujung Oktober 2020 & Januari 2021

Spread the love


Bantuan Prihatin Nasional 2.0


Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun menghebahkan mengenai senarai terkini
bantuan tambahan oleh kerajaan akibat pandemik Covid-19. Berikut maklumat
terkini tentang pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasional
atau BPN 2.0.


Kadar bantuan adalah seperti yang tertera


RM1,000 untuk B40
RM500 untuk B40 bujang
RM600 untuk M40
RM300
untuk M40 bujang

Bayaran akan dibuat sebanyak dua kali dan akan dikreditkan pada hujung
Oktober dan bayaran kedua pada Januari 2021.

Bagi kategori
penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober
manakala bakinya iaitu RM300 disalurkan pada Januari 2021.

INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0


bpn 2.0

CARA MENGEMASKINI BPN 2.0


Anda perlu layari portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
Tekan butang LOG MASUK pada bahagiam MENU sebelah kanan.
Masukkan
ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan
Tekan butang semak
Anda
telah dapat Log Masuk ke dalam sistem anda
Klik butang Papar Borang
untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan.
Anda akan lihat :
Nama
Kad Pengenalan
Status
Permohonan
Jumlah Keseluruhan BPN
Maklumat Pendapatan
Selepas
Papar Borang, klik butang Kemaskini
Sila buat kemaskini jika
terdapat maklumat yang perlu diubah.Maklumat Lanjut & Pertanyaan BPN
2.0


Setakat ini, tiada permohonan perlu dibuat. Kerajaan melalui
kementeriannya akan menyalurkan secara terus kepada penerima yang telah
pun lulus sebelum ini. Rayuan dan permohonan baru boleh dibuat
kemudian.

KEMASKINI MAKLUMAT & MOHON BPN 2.0


Memandangkan bahawa platform kemaskini masih lagi menggunakan portal
rasmi https://bpn.hasil.gov.my/,
maka tidak ada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.

Secara
amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda kemaskini :

NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
– Contohnya, dulu guna Bank Islam untuk terima pembayara. Tapi anda sudah
tutup Bank Islam tersebut atas sebab-sebab tertentu. Maka, anda perlu
gantikan ke akaun bank baharu anda

STATUS PERKAHWINAN TERKINI
– Jika anda sudah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status
dalam sistem masih bujang. Jika anda sudah bercerai, anda juga perlu
kemaskini BPN 2.0 jika status asal masih berkahwin.

NOMBOR TELEFON TERKINI
– Jika anda telah menukar nombor telefom, anda juga perlu kemaskini dalam
portal BPN.

Sekiranya anda gagal atau tidak kemaskini untuk BPN
2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat anda tidak terima yang
dihantar melalui SMS atau Panggilan ke nombor lama tersebut.

MAKLUMAT ANAK TERKINI
– Jika jumlah anak bertambah, contohnya dari 1 kepada 2 orang anda juga
perlu mengemaskini.



Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui mana-mana talian berikut :

03-8882
9089/9087/9191/4565/4566