Bantuan RM200 Sebulan Untuk Golongan Ibu Keluarga B40 Tahun 2021

Spread the love

AVvXsEjomjXitTb7mREsgbjjEZe5Bl5VZKIyXtiXPm67eHzricm8RO6Cypye6mK mxzVkEkdsRz1bRnnHq VGZ4 m5LdZrkqL5OPKMj8tybj5vRxVlIqCBP3

Tahukah anda, negeri Selangor telah memperkenalkan Pogram Kasih Ibu Smart
Selangor (KISS Selangor) yang memberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada
ibu-ibu di Selangor khususnya kepada B40 menerusi Belanjawan Selangor pada
Oktober 2020 lalu.


KISS Selangor


Program ini merupakan bantuan kebajikan yang diberikan khusus kepada kaum
ibu di Selangor bagi mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan
kewangan bagi pemberlian barangan keperluan asas.

Dengan melalui program ini, ibu-ibu yang layak boleh membeli barangan
keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless dengan
menggunakan kad KISS Selangor.

Syarat Kelayakan

Syarat Utama
1. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori
pendapatan bawah RM2,000
2. Tersenarai sebagai golongan miskin atau
miskin tegar di pangkalan data eKasih

Syarat Lain
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Selangor
atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Pemilih berdaftar di
Selangor
4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang
mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21
tahun untuk yang masih belajar di pengajian tinggi
5. Pendapatan isi
rumah di bawah RM2,000 sebulan.

Cara Membuat Permohonan

Secara Online:
1. Buka laman web
www.kiss.com.my
2. Klik
Permohonan Online (Ibu Tunggal)

Secara Manual:
1.Muat turun borang pendaftaran dari laman web
rasmi KISS Selangor atau boleh diambil di:
● Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
● Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
● Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua
Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
● Pusat Wanita Berdaya
2. Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang
diperlukan
3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli
Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan
Negeri Selangor

Manfaat Kad KISS Selangor

1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
2. Kad KISS
boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar
3. Urusniaga
pembelian secara tanpa tunai (cashless)
4. RM200 had bulanan pembelian
barangan keperluan asas
5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan
dibawa ke bulan hadapan
6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200
setiap bulan secara automatik

kiss1

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

kiss%2B2

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan KISS Selangor, anda boleh
menghubungi pihak pengurusan di:
Talian hotline: 1800-22-6600
Faks:
03-5525 6900
Emel: [email protected]