Bantuan Sebanyak RM600 Untuk Setiap Pekerja Di Malaysia

Spread the love

tele

Memandangkan ramai yang memberi respon positif berkaitan dengan program ini,
pihak kerajaan telahpun mempersetujui untuk melanjutkan lagi Program Subsidi
Upah ini melalui PSU 4.0 dengan suntikan daripada kerajaan sebanyak RM3.8
bilion ringgit yang diramalkan akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta
pekerja.



Sejak PSU atau lebih dikenali sebagai Program Subsidi Upah diperkenalkan
kerajaan, pihak kerajaan telahpun mengeluarkan dana sebanyak lebih RM15
bilion bertujuan untuk meringankan beban para majikan yang membayar gaji
kepada pekerja mereka dalam anggararn sekitar 2.7 juta individu
pekerja.


Melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menanggung sehingga
500 pekerja bagi setiap majikan dengan tujuan membantu sama terhadap
golongan majikan yang terkesan ekonominya akibat Covid-19 agar mereka
dapat melangsungkan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja
hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
__________________________________________________________________________

Sila ikuti perkongsian di bawah untuk butiran terperinci mengenai
Program Subsidi Upah 4.0 ini.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Melalui pakej bantuan PSU 4.0 ini, suka untuk kami ingatkan bahawa
kerajaan akan menanggung:
  • 500 individu pekerja untuk setiap majikan
  • Kadar tanggungan maksima RM600 setiap pekerja.
  • Pengkreditan adalah untuk tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi
    semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus
    bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa
    tempoh fasa ketiga nanti.
Jika sebelum Pakej Pemulih diperkenalkan, Program Subsidi Upah adalah
layak untuk mereka dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun begitu
melalui PSU 4.0 ini:

  • Tiada had gaji ditetapkan.
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih
    RM4,000.

CARA MEMOHON PSU 4.0


Untuk info pembaca diluar sana, permohonan hendaklah dilakukan oleh
majikan anda. Majikan yang ingin melakukan permohonan PSU 4.0 untuk
mendapatkan bayaran RM600 untuk pekerja anda, sila teliti maklumat
berikut:

  • Permohonan boleh dikemukakan secara online – klik
    DI SINI
  • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja
    permohonan lengkap telah diisi di pautan
    https://prihatin.perkeso.gov.my/
    dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan
    yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak
    di
    https://www.myfuturejobs.gov.my/
    termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan
Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0
akan menyusul setelah mendapat makluman baharu. 

psu 4

1 thought on “Bantuan Sebanyak RM600 Untuk Setiap Pekerja Di Malaysia”

  1. Tolong Sila tukar tajuk Bantuan ini. Mengelirukan rakyat Dan mendatangkan kemarahan pada rakyat. Rakyat tahu membaca Dan paham apa yang Dia orang baca. Yang tak paham nya ialah manusia yang letak nama Bantuan ini Dan orang yang menulis penerangan tentang Bantuan ini kat internet. Tahu tulis je tapi tak faham lansung apa yang Dia tulis.

Comments are closed.