Cara Mohon Bantuan Perumahan PPRT Tahun 2022

Spread the love

Blog%20telegram

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi membantu
rakyat yang memerlukan. Tahukah anda? Pihak Kementerian Pembangunan Luar
Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih
dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yang
ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan
memerlukan bantuan.


PENGENALAN PPRT

Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan adalah
untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan
cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman
yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah
keluarga.

BANTUAN PPRT


Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti
berikut:
  • Orang Kelainan Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang
    ramai

Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang
mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

KATEGORI RUMAH PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
  • Penambahbaikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

b) Syarat program bantuan baik pulih rumah

Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau
kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.

Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak
mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan
tidak selamat untuk didiami.

Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 -Secara Online

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah
telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR –
    DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman
    utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah
    disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT
, anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut