info KWSP: Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat Akan Diumum Minggu Hadapan

Spread the love


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran
i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan
perbincangan tersebut.



Tambah sumber itu lagi, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan
untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi
pengeluaran tanpa syarat.”MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk
menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa
syarat.”Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion
berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.


Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada
struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.”Jika
dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara
untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.


Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh
ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.


Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan
hasrat MoF.

Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri
Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan. – AWANI

1 thought on “info KWSP: Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat Akan Diumum Minggu Hadapan”

Comments are closed.