[infoKWSP] Lanjutan Isu Pengeluaran KWSP – iCeria

Spread the love

AVvXsEjOrIlJc1EaVGM88wHvQ0wZ0Yy3jh2souSHf9jnF8EQDdK46n9kIHkowcW6nQ1B8Q8zSKN0N9JXD93jNWfBhjoQcsZE1OQOtQ4qki1RBLGUM1dIMYi7oIqwF0lApVMxROPhDQXm2E8QDgXWc0sGxtqW Ijja5ZrKA3rjAg 6uEqTe B 799qaFdY8dR=s16000

Ramai yang gembira dan mengharapkan cadangan pengeluaran KWSP buat kali
terakhir, i-Ceria, yang dicadangkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Jempol,
Datuk Seri Mohd Salim Sharif akan dapat direalisasikan.



Namun buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang
membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum sebelum had umur yang
ditetapkan.

Tiada Lagi Pengeluaran KWSP Selepas Ini @ i-CeriaKetua Pegawai Eksekutif
KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus
dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua
pencarum.

Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu
i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah
i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria)
tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu
mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.

AVvXsEjHXODzAEtQ0QZ8QOTjqZtH0hlf7LqrBXrHFNdVOTOiY v9ZtTEt0iYMIh3RsliWYQDJ3dHmwd2Qd1a36ccLOkfXWrqiTVA9tNG ZanXvSIvBhpRmqj a3JrmnybKeXs RDGM8HJUVscYiJ3lwkI7bR1o18fB2BDwmMN4SCNnl imeL1SDzIEnXNH0E=s16000
“Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan
kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari
tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Prestasi Kewangan KWSP
2021 dan Pengumuman Dividen, di sini, hari ini.

Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan
berkata, cadangan i-Ceria ini diusulkan kerana terdapat keperluan mendesak
bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi
tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Negara Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Ekonomi

Kesan Pengeluaran Awal KWSP Agak Membimbangkan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah, kesan
pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli
berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.

“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani
kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.

“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang
ramai.

“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan
selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,”
katanya.

Beliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam
golongan berusia juga perlu dijamin.

Sumber: Harian Metro