Ketahui Status Pindaan i-Sinar KWSP Pada 18 Mac 2021

Spread the love



Ketahui Status Pindaan i-Sinar KWSP Pada 18 Mac 2021


Berdasarkan pautan Frequently Asked Question FAQ i-Sinar yang telah
dimuatnaik oleh pihak KWSP di laman rasmi mereka, dijangkakan kelulusan
pindaan akan diketahui dalam tempoh 5 hari selepas tarikh permohonan
dikemukakan.

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang semakan pindaan i Sinar untuk
makluman bersama.

Cara Buat Semakan Status Pindaan i Sinar KWSP


Untuk membuat semakan status, sila rujuk langkah berikut:

● Layari laman web
https://isinar.kwsp.gov.my/
● Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
● Isikan maklumat yang diminta
● Status kelulusan akan dipaparkan

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check
terus melalui apps tersebut.
● Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web
https://www.kwsp.gov.my/
● Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
● Semak bahagian WITHDRAWAL
● Klik WITHDRAWAL HISTORY
● Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh
pembayaran

Cara Semakan Bayaran Pindaan i Sinar Yang Diluluskan

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata
berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Berdasarkan cara pembayaran kali pertama, bayaran bulanan seterusnya
akan dibuat pada
 tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat
bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika
jatuh pada hari bekerja) ATAU
 maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
● sebelum akhir bulan berkenaan

Maklumat LanjutUntuk maklumat
lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di
talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di
SINI.

Untuk
sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu:
Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial
KWSP atau layari
portal rasmi
https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

1 thought on “Ketahui Status Pindaan i-Sinar KWSP Pada 18 Mac 2021”

Comments are closed.