Panduan Cara Mudah Pindahkan Wang ASB Ke Bank Lain ~ Panduan Lengkap

Spread the love

Blog%20telegram

Tatkala ekonomi sedang beransur pulih. Rakyat hari ini sudah dibenarkan
merentas negeri memberi makna tiada had dalam interaksi bisnes dan syarikat
mahupun sekecil kecil transaksi.



Bagaimanapun, segelintir rakyat masih sedang berjalan perlahan untuk
menstabilkan ekonomi secara individu. Seluruh cara untuk mengeluarkan wang
yang mereka ada perlu dimanfaatkan agar dapat menampung beban kewangan bagi
melangsungkan kehidupan.

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB

Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

  1. Daftar sebagai pengguna jika pertama kali menggunakan Portal myASNB
    ini.
  2. Tekan Daftar & isikan maklumat pengguna
  3. Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA
    LALUAN.
  4. Klik pada menu PORTFOLIO
  5. Klik pada butang TRANSAKSI
  6. Pilih pada JUALAN BALIK
  7. Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
  8. Isikan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
  9. Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
  10. Tekan pada butang TERUSKAN
  11. Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor
    TAC.
  12. Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
  13. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
  14. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda
    dalam masa 2-3 hari bekerja.
  15. Selesai!

Sebelum mendaftar, kepada mana-mana pemegang unit yang masih belum
mengemaskini nombor telefon perlu berbuat demikian terlebih dahulu di
mana-mana cawangan atau ejen ASNB.Bawa bersama kad pengenalan.

Dibawah terdapat langkah yang bersifat:


Screenshot 2021 10 20 235531


Screenshot 2021 10 20 235637



Screenshot 2021 10 20 235732


Screenshot 2021 10 20 235834


Screenshot 2021 10 20 235927


Had dan Kekerapan Pengeluaran ASB Online


  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk
    sebulan manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah
    RM100.
  • Kekerapan transaksi dibenarkan hanya sebanyak 3 kali sahaja
    sebulan.
  • Pengeluaran dibenarkan melalui dari akaun sendiri sahaja.

*Sebarang transaksi yang melebihi RM1000 perlu dibuat dicawangan ASB
terdekat kerana Had maksimum pengeluaran RM1,000.00.

Waktu Operasi

Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pengeluaran ASB online, anda boleh
menghubungi ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899
atau e-mel [email protected].