Pemuda Hairan Status BPN ‘Tidak Layak’, Rupanya Didaftar Sebagai ‘Suami’ Orang

Spread the love
 

Tergamak Guna Data Individu Lain Demi Mendapatkan Wang BPN.




Seorang pemuda kehairanan setelah namanya berstatus tidak layak BPN, rupa-rupana pemuda ini didaftar sebagai ‘Suami’ orang. Adakah anda layak untuk menerima BPN? Jika ya, kami ucapkan tahniah dan diharap anda menggunakan wang tersebut dengan sehematnya. Akan tetapi, jika status BPN anda tidak layak, kami syorkan agar anda segera memeriksa sebab-sebab mengapa ianya berstatus sedemikian.


Ada banyak alasan lain mengapa anda tidak layak untuk mendapatkan BPN dengan alasan yang tidak munasabah memerlukan anda untuk menyemaknya di LHDN sendiri. Sebagai contoh, seperti kejadian yang berlaku kepada saudara kita ini.

Baca Juga: Isi Borang Temu Janji “Online” Sebelum Berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara.






Menerusi satu posting nya di laman Facebook, lelaki ini menyedari tentang permohonan BPN nya yang gagal dengan alasan pertindihan permohonan. Akan tetapi, setelah beliau melakukan pemeriksaan di pejabat LHDN, data beliau tanpa disangka telah disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahanpula, nama lelaki tersebut telah didaftarkan sebagai ‘suami’ kepada seorang individu wanita yang tidak pernah beliau kenali.


2
Katanya lagi, beliau yang kini berusia 21 tahun dan berstatus bujang ternyata terkejut dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada wanita tersebut yang tanpa ragu-ragu dan tidak berperikemanusiaan menggunakan data peribadi orang lain pada waktu-waktu kecemasan sebegini dengan tujuan hanya untuk mendapatkan wang BPN.

Baca Juga: I-Suri KWSP: Pendaftaran/ Semakan Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah






Bukan itu sahaja, menerusi usaha pencarian pemuda itu di laman Facebook, beliau berjaya menemui akaun Facebook milik wanita yang didakwa menggunakan data peribadinya untuk tujuan penipuan itu. Malah, nombor MyKad wanita tersebut juga sepadan dengan maklumat serta tarikh lahir yang tertera pada akaun wanita tersebut.



Permohonan Palsu BPN Adalah Suatu Kesalahan

Lelaki itu menyatakan, dia kehairanan bagaimana data peribadi beliau yang sepatutnya sulit boleh sampai ke tangan individu lain dan tanpa izin mendaftarkan dirinya sebagai pasangan untuk bantuan keluarga BPN. Sekiranya permohonan tersebut layak, wanita tersebut mendapat wang berjumlah RM 1,600. Tanpa berlengah, lelaki ini terus melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.

Tindakan wanita ini juga jelas melanggar undang-undang iaitu penyalahgunaan identiti peribadi tanpa keizinan dan membuat permohonan palsu BPN.


3

Dalam pada masa yang sama, beliau berasa kesal dan kecewa kerana perlu bersusah payah membuat laporan polis dan berulang alik ke pelbagai lokasi didalam suasana pandemic ini dengan tujuan untuk mendapatkan wang bantuan yang patut beliau dapatkan yang berjumlah RM 800.

Di akhir perkongsian, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan nombor Mykad kepada individu yang tidak dikenali mahu pun kawan rapat anda sendiri.

Pesanan juga kepada anda, semak semula alasan yang diberikan sekiranya permohonan anda gagal. Anda boleh membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat atau menghubungi talian khidmat pelanggan LHDN di 03-8911 1000.