Pendaftaran Baharu Bantuan RM480 Suri Rumah B40 2022 | Cara Mohon | Syarat Kelayakan | Maklumat Lanjut

Spread the love

 

AVvXsEhZYQ6lYQ9uYdwKLTpRyjDyQf GsRtR42POTINRIow5Q5bawm FuPIxKqVyYWPFPjNKIfXvCJZsB4kkGbOovPOGvWzYTgD3BIQKxW62u1dP qeH SeXytELwD0G0AJvOoeS Wl6is5K5Ip7lrBXfnQ36OvCAOBkwMy4XnGqJ2R8taEESwy Cgrow1H5=s16000

 

Permohonan
i-suri KWSP
untuk Suri Rumah, terima insentif RM480 Setahun. Golongan suri rumah kini
boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri.
i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta
mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

 


Antaranya suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang
telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, bantuan
kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500. Anda boleh
membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat turun borang permohonan
menerusi laman web rasmi KWSP.
 
Untuk pengetahuan maklumat berkaitan i-Suri KWSP termasuk syarat,
kelayakan, fedah, cara bayaran dan pendaftaran akan dikongsikan seperti
berikut.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP
 
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan
tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun
menerusi pautan seperti berikut:
  • MyKad
  • Borang i-Suri
    KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
  • Borang i-Suri
    KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)