Permohonan Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2021 Masih Dibuka!

Spread the love

tele

Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang
berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak
2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) TAHUN 2021


Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan
sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan
khas bagi tujuan membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk
meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang
sempurna.

Untuk pengetahuan anda, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan
tentang kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding
sebelum ini yang hanya RM450.

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi BKK Lama dan BKK Tahun
2021:

Jumlah BKK Lama
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak
    RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4
    orang.
Jumlah BKK Tahun 2021
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150
    sebulan seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan
    seorang
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

__________________________________________________________________________


Anda mungkin berminat pada artikel ini

SYARAT KELAYAKAN BKK TAHUN 2021

1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara
Malaysia
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh
dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK TAHUN 2021

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:

1. Sila layarihttp://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak Borang Permohonan
3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam melakukan
permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di
talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia dapat membantu lebih
ramai orang yang memerlukan bantuan ini.