Permohonan Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022

Spread the love

Blog%20telegram


Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun
ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000
sebulan untuk satu keluarga.


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu
keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta
mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina
binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000
berbanding sebelum ini hanya RM450.

Jumlah BKK lama

Jumlah BKK 2022

·         Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.

·         Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

·         Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat
RM150 sebulan seorang.

·         Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200
sebulan seorang.

·         Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga

Bantuan%2BKanak Kanak%2B%2528BKK%2529

SYARAT KELAYAKAN BKK 2022

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan
isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi
Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak
yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan
jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang
berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2022

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-
1. Layari
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak
Borang Permohonan.
3. Cetak
Borang Kemaskini
sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat
permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian
03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
di daerah anda.