Permohonan Bantuan RM500 Untuk Penjaja Tahun 2021 Masih Dibuka!

Spread the love

Banner%2BTelegram

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bagi
Inisiatif Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 untuk para penjaja pasar malam di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 merupakan bantuan yang diberikan oleh
MAIWP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertindak sebagai
pemudahcara dalam program bantuan ini.

Bantuan ini khusus untuk para peniaga atau penjaja pasar malam di sekitar
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terkesan akibat penularan wabak
COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang
dikuatkuasakan.

Permohonan bantuan ini telah dibuka bermula 19 Julai sehingga 15 Ogos
2021.

Kadar Bantuan


Bagi penjaja yang layak, mereka akan diberikan bantuan one-off sebanyak
RM500.

Bantuan prihatin ini akan diberikan kepada para penjaja pasar malam yang
layak berdasarkan kritertia dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.

Kriteria Permohonan

Para penjaja perlu berdaftar dengan DBKL.
Permohonan perlu dibuat
melalui atas talian sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Cara Membuat Semakan
Cara Pembayaran

Pemohon yang layak akan dibayar secara Elektronic Fund Transfer (EFT) ke
akaun bank penerima.

Pembayaran akan dilakukan setelah permohonan pemohon diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan prohatin ini, sila hubungi Encik
Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi Whatsapp ditalian 011-5659 3734 pada
jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.