RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI JUN 2020

Spread the love

PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI






Keputusan permohonan UPUonline untuk adik-adik lepasan SPM kini boleh disemak bermula hari ini (03 Jun 2020). Adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik dan juga Kolej Komuniti boleh mencetak surat tawaran yang akan diberikan mulai 05 Jun 2020 pada jam 1 Petang.


Bagi adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Adik-adik yang tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana Institut Pengajian Tinggi dan ingin melakukan permohonan rayuan kemasukan ke Politeknik dan juga Kolej Komuniti boleh melakukannya melalui atas talian/ ‘online’ bermula pada 05 Jun 2020 bermula jam 1 Petang.


Baca Juga: 1,000 KEKOSONGAN JAWATAN KOSONG KERANI PELBAGAI NEGERI


RAYUAN UNTUK MELANJUTKAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI



Sila ambil perhatian kepada adik-adik yang ingin melakukan permohonan rayuan, bahawa permohonan rayuan akan dibuka mulai 05 Jun 2020 (Jumaat) pada jam 1 Petang. Sila set dalam ‘reminder’ adik-adik sekalian agar tidak terlepas tarikh penting ini.


Adik-adik boleh melakukan permohonan secara atas talian/ ‘online’ melalui pautan dibawah.






Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.


2

Untuk pertanyaan lanjut berhubung kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti ini, adik-adik boleh menghubungi talian 03-8888 3837 (waktu pejabat) atau emel ke alamat [email protected]