Rumusan Senarai Intipati Bajet 2022 Belanjawan Malaysia

Spread the love

AVvXsEgqWDxvDa3Hoof Ffgo53YU9AWhrd s W52nHV9FT6FlJNkuDDQwdRR9Q6rtGevS2IGtue8HGVfwrt 9breQDNTF7llq4tBt5m oxYr0Hwnn0wQAiFftVRr9v1cbagrj085TxtYukqVpNdzRaACSHHNvVMK4fiDSYkdKR 2qzVYzdG45APgajCRw wk=s16000


Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen
Malaysia pada hari Jumaat 29 Oktober 2022 dijangka bermula jam 4 petang oleh
Menteri Kewangan, YBM Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.
Pembentangan ini adalah saat yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana
di sini lah bantuan kewangan untuk rakyat dan negara akan diumumkan.


Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan dijangka menjadi belanjawan bersifat
komprehensif dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai
lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum sekaligus mampu
mencerminkan pe­rancangan sistematik sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab.

Penekanan utama kerajaan untuk belanjawan 2022 adalah terhadap
tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat
kepada pelbagai pihak. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan akan terus
komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi
menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat

Ringkasan Teks Ucapan Intipati Kandungan Bajet 2022 Belanjawan
Malaysia.

Pembentangan Belanjawan 2022 adalah cukup penting buat rakyat di mana
pelaksanaannya perlu berlaku da­lam keadaan yang cekap dan berkesan agar
setiap rakyat dapat merasai faedahnya. Rakyat amat berharap kerajaan dapat
mengagihkan belanjawan secara bijaksana

Berikut SemakanKerjaya
sertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2022 yang dikemaskini
sepanjang pembentangan belanjawan 2022 berlangsung.


Belanjawan 2022

Belanjawan 2022 akan dibentangkan secara langsung pada ketetapan
berikut:
● Tarikh: 29 Oktober 2021 (Jumaat)
● Jam: 4 petang
● Siaran langsung: Pembentangan Belanjawan 2022

Belanjawan 2022


Ringkasan Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2022

Tema
● 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera
● 2021 : Teguh Kita, Menang Bersama

Matlamat Induk Bajet 2022
● Rakyat Yang Sejatera
● Perniagaan Yang Berdaya Tahan
● Ekonomi Yang Makmur Dan Mampan

Peruntukan Bajet
● 2022: RM332.1 bilion
● 2021 : RM 322.5 bilion

Perincian Peruntukan Bajet 2022

Belanja Mengurus
● 233.5 bilion


Belanja Pembangunan
● 75.6 bilion

Kumpulan Wang Covid-19
● 23 bilion

Simpanan Luar Jangka
● 2 Bilion


Fokus Kandungan Intipati Bajet 2022

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat bagi isi keluarga
berpendapatan kurang RM2,500 mengikut kategori berikut:
● RM 2,000: Mempunyai 3 anak atau lebih
● RM 1,500: Mempunyai 2 atau 1 anak
● RM 1,000: Tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan:
● RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan
berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
● RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas


2. Bantuan Awal Persekolahan

Tambahan bantuan sebanyak RM50 menjadikan jumlah bantuan RM150 akan
diberikan kepada murid-murid bagi memulakan persekolahan

3. Diskaun PTPTN
Bayaran balik PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022 akan
diberikan diskaun mengikut kadar berikut:
● 15% bagi penyelesaian penuh hutang
● 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
● 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

4. Belia e-Start

Golongan belia akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet

5. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan
orang kurang upaya (OKU)

*Informasi terkini sedang
dikemaskini


Fokus Kandungan Intipati Bajet 2020
Perbelanjaan Tertinggi Belanjawan 2020

1. GST
Kerajaan tidak berhasrat untuk mengenalkan semula GST

2. Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

BSH Belanjawan 2020

● Bantuan Sara Hidup akan diteruskan bagi tahun 2020

● Individu bujang yang berumur 40 tahun ke atas dan individu OKU akan layak
menerima BSH sebanyak RM 300

● Mereka secara automatik akan menjadi penerima Skim Takaful MySalam
Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020
Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020

3. MySalam Dan PeKa B40

 MySalam ialah skim perlindungan kesihatan takaful percuma bagi semua isi
rumah penerima BSH yang berumur 18 hingga 55 tahun. Bayaran tunai sebanyak
RM 8 ribu serta elaun hospital kerajaan harian RM 50/hari (maksimum 14 hari)
akan diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal

 Mulai 1 Januari 2020, perlindungan skim ini akan diperluas kepada 45
penyakit kritikal dan had umur dinaikkan sehingga 65 tahun

 Individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan yang sehingga RM 100 ribu
(bukan penerima BSH) akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM 4
ribu dan elaun hospital kerjaan harian RM 50/hari (maksimum 14 hari) apa
Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional
Cara Buat Tuntutan Bayaran Skim MySalam

Skim PeKa B40 akan diperluas kepada individu 40 tahun ke
atas pada 2020 berbanding 50 tahun ke atas pada tahun ini
Semakan Kelayakan PeKa B40

4. Tol
● Diskaun 18% di tol PLUS mulai tahun 2020
● Pengambilalihan lebuhraya utama di Lembah Klang; KESAS, LDP, SPRINT dan
SMART
● Caj kesesakan akan diperkenalkan pada waktu puncak yang akan menurunkan
kadar tol sehingga 30% dari kadar tol semasa dan tol percuma pada waktu
bukan puncak
● Konsesi tol tidak akan dilanjutkan oleh kerajaan
● Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi kereta persendirian akan
diturunkan dari RM 8.50 kepada RM 7.00

5. Program Subsisdi Petrol
● Kerajaan akan memperkenal Program Subsidi Petrol (PSP) bagi menggantikan
sistem subsidi secara pukal
● Harga runcit RON95 dan Diesel akan diapungkan berdasarkan mekanisme APM
secara berperingkat bermula Januari 2020
● Dibawah PSP, terdapat 2 kategori kelayakan iaitu penerima BSH dan bukan
penerima BSH
● Penerima BSH yang menepati kriteria kelayakan PSP akan menerima bayaran
sebanyak RM 30 sebulan (kereta) dan RM 12 sebulan (motor) tunai yang akan
dikreditkan terus ke bank akaun setiap 4 bulan bermula April 2020
● Bagi mereka yang bukan penerima BSH dan termasuk dalam kategori B40 pula,
Program KAD95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama
2020
Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

● Penerima program KAD95 ini akan menikmati subsidi petrol sebanyak
30sen/liter, terhad kepada 100 liter sebulan (kereta) dan 40 liter sebulan
(motor). Kereta mewah tidak layak untuk menikmati subsidi ini.

● Tiada subsidi jika harga pasaran RON95 kurang daripada harga RM2.08
seliter. Pemandu di Sabah dan Sarawak akan kekal menikmati subsidi petrol
secara pukal pada harga siling RM 2.08/liter bagi RON95 dan RM 2.18/liter
bagi diesel

6. Bonus Bayaran Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Bayaran Khas Perkhidmatan Awam

● Bantuan khas sebanyak RM 500 kepada penjawat awam bergred 56 dan ke bawah.
Pesara kerajaan dan veteran tidak berpecen akan menerima bantuan khas
sebanyak RM 250. 


 Bantuan ini akan diberikan sebelum akhir tahun


7. Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
● Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM 50 sebulan khusus
kepada kumpulan pelaksana
● Penebusan awal gantian cuti rehat sebanyan 75 hari kepada ganjaran wang
tunai
● Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok sebanyak RM 100 ribu secara
percuma kepada peminjam perumahan baharu LPPSA
● Waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberikan
faedah ex-gratia kematian sebanyak RM 150 ribu
● RELA akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM 2 sejam mulai 1 Januari
2020
● BOMBA akan menerima elaun khas sebanyak RM 200 sebulan bagi tahun 2020
● Tentera khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia akan menerima bayaran khas
sebanyak RM 500

8. Cuti


Cuti Bersalin
● Cuti bersalin akan dinaikkan dari 60 hari kepada 90 hari berkuatkuasa
bermula tahun 2021

Gaji Minimum
● Gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,100 kepada RM1,200 di bandar-bandar
utama

9. Inisiatif Rumah Mampu Milik


Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (Rent To Own -RTO)
 Pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun bagi pembelian
rumah pertama di bawah RM 500 ribu
● Selepas setahun, pemohon akan diberi pilihan untuk terus menyewa atau
membeli kediaman pada harga yang ditetapkan dalam perjanjian
● Cukai duti setem akan dikecualian bagi skim ini

Skim Perumahan Belia
● Mulai 1 Januari 2020 sehinggan 31 Disember 2021, jaminan pinjamab sebanyak
10% melalui Cagamas bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh
serta bantuan ansuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan bagi 2 tahun pertama
(terhad kepada 10 ribu unit rumah)

Dana Rumah Mampu Milik BNM

 Sejak 1 September 2019, kriteria kelayakan Dana Rumah Mampu Milik BNM bagi
golongnan berpendapatan rendah yang ingin membeli rumah pertama pada kadar
faedah pinjaman sehingga 3.5% telah dipertingkat dengan penetapan nilai
hartanah sehingga kepada RM 300 ribu isi rumah berpendapatan maksimum RM
4,360 sebulan.
Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM

Kempen Pemikan Rumah

 Pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% atas nilai hartanah dan
pengecualian cukai duti setem bagi rumah pertama. Tarikh akhir kempen ini
adalah sehingga 31 Disember 2019

10. Inisiatif Malaysia Kerja


Graduan Kerja
● Direka bagi pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan
● Graduan yang diterima bekerja akan menerima insentif gaji RM500 bulan
selama dua tahun
● Majikan yang mengambil graduan yang menganggur melebihi 12 bulan bekerja
akan menerima insentif sebanyak RM 300 sebulan selama dua tahun

Wanita Kerja
● Direka bagi wanita yang telah berhenti kerja selama 12 bulan atau lebih
berumur 30 hingga 50 tahun
● Wanita yang kembali bekerja semula akan menerima insentif gaji RM500 bulan
selama dua tahun
● Majikan yang mengambil wanita yang kembali bekerja akan menerima insentif
sebanyak RM 300 sebulan selama dua tahun
● Pengecualian cukai juga akan diberikan kepada wanita yang kembali bekerja
sehingga tahun 2023

Watan Kerja
● Direka bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran
rendah
● Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan menerima insentif gaji
RM350 atau RM500 bulan bergantung kepada sektor selama dua tahun
● Majikan yang mengambil rakyat tempatan menggantikan pekerja asing akan
menerima insentif sebanyak RM 250 sebulan selama dua tahun

Perantis Kerja
● Direka untuk menggalakan lebih ramai belia menyertai kursus TVET dengan
pemberian elaun tambahan sebanyak RM 100 sebulan

*Insentif gaji
akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program Perantis Kerja

Elaun-elaun Kerajaan

Elaun Khas Belanjawan 2020

● Elaun sara hidup nelayan akan dipertingkat sebanyak RM 50 kepada RM 250
sebulan
● Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
● Elaun guru KAFA akan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan

● Bantuan Khas Imam/Bilal/Tok Siak/Noja/Merbot dan Guru Takmir
● Bayaran one-off sebanyak RM 500 akan diberikan kepada setiap Imam, Bilal,
Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir yang berdaftar

11. Rangsangan Digital (E-Wallet)
● Rangsangan secara one-off sebanyak RM 30 untuk rakyat Malaysia berumur 18
tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM 100 ribu setahun. Ianya boleh
ditebus dan digunakan dalam bermula 1 Januari 2020 sehingga 29 Februari
2020

12. Pas Mutiara
● Kerajaan telah memperkenalkan Pas Mutiara di Pulau Pinang dengan bayaran
RM50 sebulan bagi memberikan perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan Rapid
Bus dan Rapid Ferry

13. Insentif Kesuburan
● KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baru bagi pasangan yang
menjalani rawatan kesuburan seperti IVF

14. i-Suri KWSP
● Program ini ditambahbaik dengan membolehkan suami menyumbang secara
sukarela sebanyak 2% daripada 11% caruman ke akaun KWSP isteri
Pendaftaran caruman i-Suri KWSP isteri