Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Anda Boleh Mohon ~ Panduan Permohonan!

Spread the love


Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat






Pengenalan


Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan




Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan

Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Ini adalah senarai-senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh di mohon buat masa ini.

⏺ Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
⏺ Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
⏺ Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
⏺ Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
⏺ Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
⏺ Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 hingga RM350 sebulan
⏺ Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 hingga RM500 sebulan
⏺ Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
⏺ Bantuan Geran Pelancaran (GP)
 Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
⏺ Tabung Bantuan Segera (TBS)

Muat turun dokumen dibawah :

1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – DOWNLOAD

2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 – DOWNLOAD

Kepada anda yang sangat memerlukan bantuan ini, anda hendaklah “walk in” secara terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Selepas permohonan berjaya dibuat, borang permohonan tersebut akan dinilai melalui penilaian “means-tested” bagi memberi pengesahan bantuan kepada pemohon. Proses urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang menuruti syarat kepada kelayakan hak dan bukan hak.

Bagi memudahkan lagi urusan, pemohon perlulah membawa dokumen sokongan ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Dokumen Yang Diperlukan 
⏺ Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
⏺ Salinan Kad Pengenalan suami dan isteri , ibu dan bapa atau anak yang tinggal bersama
⏺ Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama dirumah
⏺ Salinan penyata gaji (jika ada)
⏺ Lain-lain dokumen yang berkaitan