Senarai Bantuan PKP 3.0: BPR Tambahan Sebanyak RM500 & Lanjutan Moratorium

Spread the love



Bantuan PKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, jam 9 Malam waktu tempatan. Bantuan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah disiarkan secara langsung di rangkaian
Televisyen Kerajaan tadi melalui Perutusan Khas tadi.

Senarai Kandungan Bantuan PKP 3.0


Pakar-pakar dalam Malaysia menjangkakan bahawa ramai yang akan terkesan
dengan perlaksanaan “Lock-Down” ini terutamanya kepada golongan B40 &
M40. Oleh yang demikian, Kerajaan telahpun merangka beberapa pelan serta
bantuan yang akan diberikan kepada rakyat untuk meringankan beban
rakyat.

Antara Intipati Bantuan PKP 3.0 :


  • Peruntukan RM450 Juta – Kapasiti Kesihatan Awam : Tingkat kapasiti
    katil
  • RM550 Juta – Perbelanjaan tangani wabak
  • Lantikan 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
  • Mempercepatkan pemberian Vaksin
  • Peruntukan RM2.0 Bilion :
    Bantuan Prihatin Rakyat tambahan
  • BPR Tambahan RM100 – RM500 pada Jun
  • Bantuan Moratorium & Pembayaran Balik kepada B40, hilang
    pekerjaan & PKS terjejas pada bulan Jun.
  • Moratorium Automatik Selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik
    secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah menjadi RM1,500
  • Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
  • Bantuan Golongan Terjejas : Pengecualian Bayaran Lewat Lesen
  • Akta 829 : Bantu Individu & Perniagaan yang terjejas
  • Diskaun Bil Elektrik 10% kepada 6 sektor : Tambahan 3 bulan (Julai –
    September 2021)
  • Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
  • Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST)
  • Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan.
  • Lanjutan
    Program Subsidi Upah
    selama setahun.

Bantuan PEMERKASA+ : BPR Tambahan


Antara intipati yang menarik adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
tambahan seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

Juga diumumkan,
bantuan GKP
(Geran Khas Prihatin) akan dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan
memanfaatkan hampir sejuta PKS.


Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber :
Majlis Keselamatan Negara