Senarai No.Telefon Yang Perlu Anda Hubungi Untuk Dapatkan Bantuan Bakul Makanan Bagi Yang Memerlukan

Spread the love


tele


Kerajaan Malaysia sedia maklum bahawa barangan asasi amat penting untuk setiap
individu terutama bagi mereka yang sangat tersepit didalam situasi pandemik
ini. Pada Perutusan Khas 28 Jun yang lalu, Perdana Menteri telah menyebutkan
bahawa sebanyak RM300,000 telah diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen sebagai
tambahan khusus demi tujuan Program Bakul Makanan selain Bantuan Prihatin
Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC).



Mana-mana individu yang sangat mengharapkan bantuan bekalan makanan tidak
perlu bersusah payah mengibar bendera, disini Ahli Parlimen anda sedia untuk
berkhidmat dengan hanya SATU PANGGILAN TELEFON.

Ikuti panduan ringkas di bawah untuk mengetahui tatacara melakukan
permohonan Bantuan Bakul Makanan.

OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN

Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:
  • Keperluan asas akan diberikan kepada anda dengan harapan dapat
    meringankan beban penerima bantuan bagi yang benar-benar
    berkelayakan.
  • Sebagai salah satu acara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia
  • Sebagai bantuan yang bersifat sementara supaya kadar kelangsungan hidup
    dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.
CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN

Orang ramai yang memerlukan Bantuan Bakul Makanan yang membekalkan
keperluan asas boleh mendapatkan bantuan masing-masing dengan menghubungi
nombor telefon Pusat Khidmat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing yang
tertera dibawah.

Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap
kawasan dibawah:


MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN JKM

Bantuan Bakul Makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat
secara online dengan langkah berikut:
  • Pergi ke pautan https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
  • Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut
  • Hantar borang yang lengkap diisi melalui emel
  • Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa
    bekerja
  • Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi JKM
    atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di kawasan
    masing-masing.

Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya!