Tarikh Bagi Bayaran BKM Tambahan RM500 Telahpun Diumumkan, Semak Sekarang!

Spread the love

Blog%20telegram

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan sebuah
bantuan tunai kerajaan yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan.
Ia adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat yang mempunyai
pendapatan yang rendah. Dalam Baejt 2022, BKM ini telah diumumkan dan akan
memberikan faedah kepada semua isi rumah M40 & B40, bujang dan juga
warga emas.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilakukan secara berperingkat
iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Bagi setiap fasa, kadar bayaran yang
berikan adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Bukan itu sahaja,
pihak kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa
kategori yang layak untuk menerima bantuan ini.


KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Penerima yang berikut merupakan golongan yang akan menerima kadar tambahan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas
    yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa
    Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.

bbkm

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Sekiranya anda ingin mengetahui sama ada anda layak untuk menerima BKM
Tambahan atau tidak, anda boleh membuat semakan online melalui laman
sesawang khas Bantuan Keluarga Malaysia. Cara untuk melakukan semakan
kelayakan BKM Tambahan adalah seperti yang berikut:

  • Anda perlu pergi ke laman
    https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul.
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log
    Masuk.
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan.
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau
    dipaparkan.

bbkm.2

Sekiranya tiada maklumat berkaitan dengan BKM Tambahan dipaparkan pada
laman semakan anda, ianya bermaksud anda tidak layak untuk mendapatkan
bayaran BKM Tambahan ini.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Tarikh pembayaran untuk BKM Tambahan bagi penerima yang layak adalah
seperti yang berikut:

  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022
  • Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan secara
    berperingkat)
  • Fasa 4: Dijangka akan dikreditkan bermula 15 November 2022 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BKM Tambahan
ini, anda boleh merujuklaman sesawang yang berikut. Sebarang pertanyaan yang
ingin diajukan boleh menghubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

  • https://bkm.hasil.gov.my/