[Terkini] 97 Peratus Mahu Pengeluaran KWSP RM10,000 Diluluskan | Info Lanjut | Semakan Kerjaya

Spread the love

AVvXsEgrr2CtlAGSVpkCGAeTxDp WyazVzsyUdHfmwROQTo339cvUH bJAX3XvC1huGt8aGKm39w v32uHIjMAq30Afx2zQh9xHmL1ZUWc


RAMAI INDIVIDU AKAN BERSARA DIBAWAH GARIS KEMISKINAN



Menteri Kewangan berkata, pengeluaran KWSP tambahan atau seumpamanya jika
dilaksanakan pada masa akan datang boleh menyebabkan ramai individu perlu
bersara di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) sekiranya pengeluaran tersebut
dibenarkan.

Beliau berkata sedemikian kerana terdapat kemerosotan yang berlanjutan
berkaitan simpanan persaraan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut beliau, hampir separuh ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM
10,000 dan jumlah ini 55 peratus adalah bumiputera.

Beliau turut berpendapatkan sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, ia
akan menyebabkan ramai ahli perlu bersara di bawah PGK dan akan menyebabkan
kesan yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di masa depan terutama
jika kegawatan ekonomi.

JAMINAN KERAJAAN

Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus peka dengan
masalah rakyat dan pelbagai pendekatan diusahakan untuk memliharan kebajikan
terutamanya golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, dalam Bajet 2022 sebanyak RM 31 bilion dikhususkan untuk
subsidi, bantuan dan insentif untuk mengurangkan kos sara hidup
rakyat.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 8.2 bilion kepada 9.6 juta
penerima untuk Bantuan Keluarga Malaysia

97 PERATUS MAHU PENGELUARAN RM 10,000

Dalam kenyataan yang layak, pihak Biro Penyelidikan dan Pembangunan Pemuda
UMNO Malaysia telah membuat satu kajian awam mengenai pengeluaran
KWSP.

Menurut Azril Siral Yusof Sarit iaitu Pengerusi Sekretariat, kajian
tersebut mendapati pencarum berusia 35 sehingga 44 tahun menunjukkan respons
tertinggi bersetuju dengan pengeluaran tersebut.

Manakala, dari segi pecahan kaum pulak, sebanyak 18,777 berbangsa Melayu
bersetuju dengan cadangan pengeluaran tersebut.

Ia diikuti 10 peratus daripada respondan berbangsa Cina dan India serta
lain-lain.

NAJIB TERUS BAWA SUARA RAKYAT

PPIM telah menyerahkan sebuah memorandum untuk pengeluaran wang KWSP RM
10,000 kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk disampaikan
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ia berikut kerana Datuk Seri Najib merupakan orang yang sangat menuntut
pihak kerajaan untuk pengeluaran wang KWSP.

Jika anda masih ingat, disebabkan Datuk Seri Najib yang sentiasa menuntut
pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP akhirnya i-Sinar dan
i-Citra dilaksanakan pada tahun lepas.

10 thoughts on “[Terkini] 97 Peratus Mahu Pengeluaran KWSP RM10,000 Diluluskan | Info Lanjut | Semakan Kerjaya”

  1. Kerajaan Malaysia sgt kejam..konon bantuan di sedia kn mana tk de masuk pn duit.kencing kuat2 hangceng kepala kami puiiikkk…to Pak mail and zafrul

Comments are closed.