[Terkini] Bantuan Tunai I-Fitri RM300 Akan Dikreditkan April Ini

Spread the love

Bantuan Tunai I-Fitri. Permohonan bantuan i-fitri berjumlah RM300 sekali
bayar (one-off) kini dibuka untuk rakyat Malaysia. Untuk makluman, pemberian
bantuan khas i-fitri ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan
untuk mereka yang memerlukan.


PERMOHONAN BANTUAN TUNAI I-FITRI


Untuk sedia maklum, bantuan i-fitri ini adalah merupakan insentif berbentuk
bantuan tunai yang diberikan secara one-off. Bantuan ini bagi membantu
mereka yang memerlukan untuk perseiapan hari raya aidilfitri tahun
ini.

Pihak kerajaan negeri telah membuka permohonan bermula dari 19 sehingga 31
Mac 2023. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online), syarat
kelayakan dan panduan permohonan disediakan di ruangan bawah.

Blog%20telegram

Baca Juga:



KADAR BANTUAN DIBERIKAN

Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar
jumlah sebanyak RM300 secara sekali bayar pada bulan April 2023.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI I-FITRI

Untuk permohonan bantuan khas sempena menyambut raya aidilfitri ini boleh
dibuat secara online, panduan cara mohon telah disediakan. Sila layari laman
rasmi iBantuan –
DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi
permohonan bantuan tahun ini seperti dibawah :
 Warganegara Malaysia
 Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500
(B40)
 Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
 Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
 Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
 Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu

Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara
bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

Nota : Permohonan bantuan ini dibuka untuk rakyat negeri Terengganu
sahaja, kepada mereka yang berkelayakan disarankan membuat permohonan
sebelum tarikh tutup.

TARIKH BAYARAN I-FITRI

Kepada pemohon yang layak, pihak kerajaan negeri Terengganu akan memberikan
bayaran bantuan RM300 ini pada 17 April 2023 bagi persediaan menyambut hari
raya puasa tahun ini.