Terkini: Senarai Penuh Penerima Layak Bantuan BMT RM800 Rakyat Malaysia!

Spread the love

Blog%20telegram

Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis
bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun
Negeri.



Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA.

Berikut adalah perincian bantuan.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh
getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim
tengkujuh.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600
sahaja.

Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:

Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja


Penoreh Bukan Pemilik
  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun
bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan
dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem
BMT RISDA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di
talian 03-4256 4022